WAKAFAIR.COM ialah sebuah platform crowdfunding yang memberi fokus kepada program wakaf penapis air. Kami mensasarkan kepada individu, masjid, sekolah, pusat tahfiz atau institusi pendidikan yang memerlukan dana bagi mendaptkan air minuman yang bersih. 

BAGAIMANA JADI PENERIMA?

Platform Wakaf Air akan memastikan setiap sumbangan direkod dengan sempurna dan diupdate secara live selepas sumbangan dibuat. 

Kami berbesar hati untuk menerima mana mana individu atau institusi untuk jadi penerima wakaf. Walaubagaimanapun, kami memberi keutamaan kepada pusat tahfiz yang lebih memerlukan. 

Sebagai penerima anda boleh kongsikan pautan khas sumbangan kepada ibu bapa, penjaga dan staff tahfiz. Usaha ini akan mempercepatkan sumbangan dan pemasangan akan dibuat selepas 3-5 hari bekerja apabila mencapai sasaran.

Sila isi maklumat di borang yang disediakan untuk mendaftar sebagai penerima

BAGAIMANA PROSES INFAQ/WAKAF

Kami sedaya upaya mengautomasikan proses sumbangan supaya cekap dan selamat.

  1. Pewakaf memilih nama pusat untuk menyumbang dan klik Online Payment (FPX).
  2. Pewakaf pilih amaun/jumlah bahagian dan klik “Wakaf Sekarang”.
  3. Pewakaf dibawa ke laman payment, pilih nama bank dan klik Bayar.
  4. Pewakaf terima TAC daripada bank dan masukkan dalam borang pembayaran.
  5. Pembayaran selesai. Pewakaf akan terima email pengesahan.

KOS & MAKLUMAT LAIN

Laman web ini adalah inisiatif RS. Semua kos operasi adalah tanggungjawab kami. Walaubagaimanapun, terdapat caj transaksi yang dikenakan oleh penyedia payment gateway untuk setiap transaksi. Kos ini akan ditanggung oleh ejen penapis air yang menguruskan tempahan. 

Close Menu